Wednesday, March 18, 2009

Kerja kerja kerja

Dalam lumrah hidup manusia, seorang bapa atau ibu biasanya berharap sangat anaknya belajar kuat-kuat agar nanti dapat kerja bagus-bagus. Belajar ada hubungan dengan kerja bagus-bagus dan kerja bagus-bagus ada hubungan dengan keselesaan hidup.

Aku sedang berkhidmat dengan Pos Malaysia Berhad di Alor Setar, jalan stadium…

Aku amat bersyukur kerana dapat bekerja kerana dalam kegawatan ekonomi sekarang, kerja amat susah untuk kita dapat... jadi bila aku dah dapat bekerja, aku amat bersyukur..

Aku dapat membantu diriku serta keluarga aku sendri

Cubalah Tanya pada siapa saja kenapa mereka bekerja,?? jawapan mereka rata-ratanya ada kaitan dengan mendapatkan wang. Dengan wang itu mereka boleh gunakan untuk macam-macam tujuan seperti untuk memenuhi keperluan asas, untuk menanggung nafkah anak isteri dan keluarga, untuk memiliki barangan dan perkhidmatan, untuk memaksimakan penggunaan dan bagi yang merasa ada tanggungjawab sosial akan menambah, untuk mengagihkan semula pendapatan yang diterima itu sama ada dalam bentuk derma, sedekah, zakat dan sebagainya

Jadi, bila dah bekerja, jangan kita terlalu lalai dengan permainan duniawi…

Duit dapat melalaikan kita serta dapat merosakkan diri kita sekiranya kita tidak dapat menguruskannya dengan baik…

No comments:

Post a Comment